Sunday, March 2, 2014

Trimester ke Tiga

TRIMESTER KETIGA:MINGGU 27-40

Kehamilan trimester ketiga merupakan saat yang paling mendebarkan,terutama menjelang ketibaan hari jangkaan untuk melahirkan bayi.

Perasaan mungkin bercampur aduk. Gembira teruja dan dalam masa yang sama gusar serta panic tentang proses kelahiran yang bakal dilalui.

Tarik nafas dan bawa bertenang. Buat persediaan awal untuk anda dan bayi yang bakal dilahirkan agar anda tidak kelam kabut saat tiba harinya nanti.

KUDAPAN BERKHASIAT

Makanan yang berkhasiat penting buat ibu dan bayi terutama sekali di trimester akhir kehamilan. Buah betik yang mengandungi banyak vitamin c ,folat,serat dan potassium sesuai dijadikan kudapan. Dengan memakan betik,ia dapat membantu mengurangkan rasa panas dalam perut yang sering dialami ketika hamil terutama di trimester terakhir.

Kudapan lain yang baik untuk anda amalkan ialah kekacang. Kekacang kaya dengan protein,serat dan lemak yang baik umtuk kesihatan jantung. Kekacang seperti badam,gajus dan walnut antara contoh yang baik untuk anda makan. Makanan yang tinggi kandungan omega-3 juga amat baik untuk anda makan. Jadikan amalan memakan salmon,tuna dan makarel untuk otak dan jantung anda yang bakal dipindahkan kepada bayi.

KONTRAKSI PALSU
Setelah usia kehamilan menganjak ke lapan atau sembilan bulan,anda akan merasakan kontraksi palsu yang dikenali sebagai Braxton Hicks.
Kontraksi ini akan membantu proses kelahiran yang bakal tiba. Ketahuilah bahawa kontraksi palsu boleh anda rasakan di bahagian hadapan perut, manakala kontraksi yang sebenar bermula dari bahagian belakang badan lalu menjalar ke bahagian hadapan. Ia juga kadang-kadang bergerak dari atas ke bawah badan. Kontraksi sebenar juga boleh anda ketahui apabila ia berlaku dengan kerap saat anda mengubah posisi badan.

SERING BUANG AIR KECIL
Kehamilan pada trimester terakhir ini juga membuatkan anda sering membuang air kecil. Untuk mengatasi rasa ini biasakan diri dengan membuang air kecil setiap satu atau dua jam sekali.

Tidak perlu kurangkan minum air kerana badan anda memerlukan cecair yang secukupnya untuk keperluan anda dan bayi dalam kandungan. Untuk waktu malam pula, disarankan anda tidak minum air sebelum tidur,lebihkan minum hanya pada waktu siang.

LEBIH TENANG
Menjelang kelahiran bayi,badan akan mengalami beberapa  perubahan yang ketara. Janganlah terlalu memikirkannya hingga menyebabkan anda tertekan.Ia sama sekali tidak baik untuk anda. Persiapkan diri anda sebaliknya untuk proses kelahiran nanti.

Jangan malas untuk melakukan sedikit senaman seperti berjalan-jalan di taman, tetap melakukan kerja-kerja  rumah yang tidak berat dan sebagainya.Ia sedikit banyak dapat membantu anda melalui proses kelahiran dengan mudah. Jangan lupa juga untuk berehat secukupnya dan amalkan cara makan yang sihat untuk kesihatan anda dan juga bayi yang bakal lahir.

SAKIT BAHAGIAN PUNGGUNG

Perut yang semakin membesar mempengaruhi postur badan anda lebih-lebih lagi saat melahirkan yang akan tiba membuatkan rasa sakit di bahagian punggung dan sekitar pinggang semakin terasa. Untuk kurangkan rasa kurang selesa itu, letakkan bantal di bahagian punggung. Selitkan bantal di antara paha agar pinggul anda tetap seimbang. Anda juga boleh gunakan bantal khusus untuk ibu hamil  untuk tujuan tersebut.

                                                       
PERKEMBANGAN  JANIN

Bulan Ketujuh
Pada akhir bulan ketujuh kehamilan panjang bayi anda adalah kira-kira 36sm dengan berat kira-kira 900 hingga 1800g. Kini pendengaran bayi telah sempurna dan dia kerap melakukan perubahan kedudukan. Bayi juga bertindak balas terhadap rangsangan,termasuk bunyi,sakit, dan cahaya.

Bulan Kelapan
Bayi anda kini mempunyai panjang kira-kira 2.27kg. Anda mungkin mendapati bayi akan lebih kerap menendang. Otak bayi sedang berkembang dengan pesat pada masa ini dan dia boleh melihat dan mendengar. Kebanyakan system dalaman bayi kini mula berkembang, tetapi paru-parunya mungkin masih belum matang sepenuhnya.

Bulan Kesembilan
Menjelng akhir trimester ketiga bayi anda terus membesar dan matang. Paru-paru bayi kini hampir sempurna sepenuhnya. Refleks bayi anda diselaraskan supaya dia boleh berkelip,menutup mata ,memusingkan kepala ,menggenggam dan bertindak balas terhadap bunyi,cahaya dan sentuhan.

Kedudukan bayi anda kini berubah sebagai persediaan untuk anda melahirkannya. Ketika ini bayi anda berada di dalam pelvis dan biasanya kepalanya menghadap ke bawah kea rah saluran peranakan. Pada akhir bulan kehamilan ini, panjang bayi anda adalah kira-kira 46-51sm dan berat kira-kira 3.2kg.                                                                                                                                                                                
                   
LANGKAH DEMI LANGKAH PEMERIKSAAN ANTENATAL

Sebaik disahkan  hamil, rutin pemeriksaan antenatal perlu dilakukan. Jangan sesekali culas kerana ia banyak membantu anda memantau kesihatan diri dan kandungan.

1.Timbangan Berat Badan

Setiap kali pemeriksaan antenatal, timbangan berat badan akan dilakukan. Ini bagi memastikan berat badan anda terkawal  dan berada dalam skala normal iaitu pertambahan antara 10 hingga 20kg.

Jika berat anda kurang daripada skala pertambahan ini, ia mungkin menjadi petunjuk bayi kurang mendapat nutrient mencukupi. Bagi berat badan berlebihan daripada skala yang ditetap  pula, ia boleh menjadipetanda anda menhidap diabetes semasa hamil.


2.Ukuran Tinggi
Ketinggian anda hanya akan dilakukan sekali sahaja iaitu ketika pertama kali melakukan pemeriksn antenatal. Ia diambil bagi mendapatkan gambaran awal saiz pelviks yang kecil boleh mengganggu kelancaran proses kelahiran dan biasanya doctor akan menasihatkan anda melahirkan bayi melalui pembedahan caesarean.


3.Pemeriksaan Tekanan Darah
Pemeriksaan ini turut di lakukan setiap kali anda melalui rutin ini. Ia dilakukan bagi memantau sebarang perubahan dalam tekanan darah. Tekanan darah yang normal sewaktu hamil ialah 120/90. Jika tekanan darah anda melebihi 140/90 doktor akan memberi perhatian khusus kepada kehamilan anda agar ia tidak memudaratkan diri anda dan kandungan.


4.Ujian Air Kencing
Air kencing perlu diambil untuk diuji setiap kali pemeriksaan antenatal dilakukan atas tujuan mengesan pelbagai penyakityang memerlukan rawatan rapi seperti gula, protein, nanah, darah dan sebagainya. Kewujudan gula dalam air kencing merupakan tanda pertama penyakit diabetes. Kesan protein pula dapat menunjukkan sama ada buah pinggang anda berfungsi dengan baik atau tidak. Malah, perlu diketahui , protein yang menghidap penyakit darah tinggi.


5.Ujian Darah
Di pemeriksaan antenatal kali pertama, sedikit darah di ambil bagi mengetahui kumpulan darah, rhesus darah kekebalan tubuh anda terhadap rubella. Antara lain, ujian darah juga dapat mengenalpasti sebarang risiko terhadap penyakit-penyakit seperti siflis, Hepatitis B dan HIV.


6.Ujian Imbasan
Ketahuilah bahawa ujian imbasan bukan sekadar untuk mengatahui jantina bayi! Lebih daripada itu ujian ini penting untuk membolehkan doctor mengetahui saiz rahim anda, menjangka usia dan saiz kandungan; meneliti perkembangan bayi serta mengenalpasti sebarang kecacatan yang mungkin ada pada bayi dalam kandungan.


7.Pemeriksaan Pergelangan Kaki

Bengkak di pergelangan kaki menjadi pertanda tekanan darah tinggi dan kencing berprotein. Oleh kerana iaitu bahagian ini diperiksa setiap kali pemeriksaan antenatal bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

No comments:

Post a Comment