Ayuh..kita tengok macam mana perkembangan bayi dalam kantung kita ini..besarnya kurniaan Ilahi yang tak termampu dilakukan oleh insan biasa.

Setelah disahkan oleh Doktor baru lah kita confident yang kita mengandung..betoi tak? Sebenarnya proses persenyawaan telah berlaku sebelum dari itu..
Pakar perubatan sering menggunakan tarikh haid terakhir sebagai titik permulaan bagi sembilan bulan berikutannya. Ini bermakna secara 'rasmi' minggu pertama kehamilan anda ialah minggu haid terakhir anda bermula. Sebab itu, umur sebenar bayi ialah dua minggu terawal dari umur gestasinya.
Semasa minggu kedua - dan
setiap bulan sepanjang tempoh penantian ketibaan nyawa baru - hormon estrogen
merangsang uterus anda untuk menyediakan lapisan tisu yang subur dan sarat
darah. Peningkatan tahap hormon progesteron menyediakan uterus untuk menyara
telur yang disenyawakan. Pada masa yang sama, ovari mematangkan telur-telur
dalam sak-sak penuh cecair yang bergelar folikel. Dalam tempoh masa singkat
badan anda membuat persediaan ini, konsepsi boleh berlaku, asalkan sperma
berjaya bertemu telur.
Menjelang minggu ketiga, beberapa perkara akan berlaku. Di pertengahan kitaran (hari ke-14 dalam kitaran biasa 28 hari), anda akan mengovum - satu daripada telur anda ditarik dan dimasukkan ke dalam tiub falopio. Dalam 12 hingga 24 jam berikutan, telur ini akan disenyawakan jika satu daripada 350 juta sperma (jumlah dalam pancutan mani biasa) berjaya berenang dari vagina, melintasi uterus, terus menuju ke tiub falopio, lalu menembusi telur.
Setelah disenyawakan, telur itu, sekarang bergelar zigot, dengan serta-merta menutup membran luarnya untuk menyekat 250 sperma lagi yang juga berjaya membuat perjalanan itu. Kemudian ia mula membahagi kepada sel-sel yang serupa sambil membuat perjalanan turun dari tiub falopio ke uterus, di mana ia akan terus berkembang. Anda mungkin tidak sedar yang anda hamil untuk beberapa minggu lagi, walaupun setengah wanita percaya yang mereka tahu saat-saatnya konsepsi berlaku.
PERKEMBANGAN MINGGU KE EMPAT
Gumpalan sel yang kini
bergelar embrio sedang membesar dalam uterus anda dan ia telah mencapai saiz
sebesar biji
popi. Ia dibahagikan
kepada tiga lapisan yang kemudiannya akan membentuk organ-organ dan tisu-tisu.
Di bahagian bawah sisi kepalanya terdapat dua lipatan tisu yang akan menjadi
telinga bayi.
Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan
saraf tunjang akan tumbuh - terbentuk dalam lapisan atas. Jantung dan sistem
peredaran mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan
paru-paru, usus dan permulaan sistem urinari. Sementara itu, versi awal
plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat, yang menyalurkan makanan dan
oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi.
Ketika ini, jika ujian kehamilan dilakukan, tanda
positif akan tertera dengan jelasnya.
PERKEMBANGAN MINGGU KE
LIMA:
Jantung
embrio, yang kecil sedikit daripada biji kaskas, sudah mula berdenyut dan
mengepam darah. Jantungnya mula membahagi kepada ruang-rang dan dalam sedikit
masa akan mendapat ritma denyutan yang baik. Panjang embrio lebih kurang suku
inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu daripada manusia. Tumbesarannya
berlaku dengan sangat pantas minggu ini.
Organ utama seperti ginjal dan hati mula muncul. Tiub neural (tiub saraf) yang menyambungkan otak dan saraf tunjang akan tertutup pada minggu ini. Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda. Usus sedang berkembang dan apendiks mengambil tempat di ruangnya.
Di bawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang akan menjadi leher dan rahang bawah bayi. Seawal minggu ini, raut muka sudah mula terbentuk. Lubang hidung lebih kelihatan dan versi terawal retina mata mula timbul.
Bermula
dari sekarang, tambahan asid folik diperlukan untuk pembentukan struktur badan
bayi. Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada
kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Spina bifida bermaksud "sumbing tulang
belakang". Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul
menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarakan (gap) di antara vertebra.
Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna. Ini boleh
menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Anda boleh
membantu mengurangkan risiko bayi menghidap spina bifida dengan mengambil
suplemen yang mengandungi 400 mikrogram asid folik, daripada masa anda mula mencuba untuk hamil hinggalah usia kehamilan tiga bulan.
Kajian
menunjukkan bahawa wanita yang kurang mengambil asid folik lebih berkemungkinan
melahirkan bayi dengan spina bifida, berbanding wanita yang mengambilnya pada
jumlah yang disarankan.
PERKEMBANGAN MINGGU KE ENAM
Saiz embrio sebesar
kacang lentil dalam minggu ini. Sekiranya anda boleh melihat ke dalam tubuh anda, anda
akan mendapati bahawa kepala fetus lebih besar daripada badannya. Raut muka
embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada,
juga terdapat bukaan-bukaan di mana lubang hidung akan berada, dan
lubang-lubang yang menandakan telinga.
Kudup-kudup membonjol menjadi lebih jelas sekarang dan ini akan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung. Perkembangan lain termasuk pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot. Anda belum dapat mendengarnya, tetapi jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut seminit - dua kali ganda kadar denyutan anda.
Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanya. Walau bagaimanapun, anda terpaksa menunggu sehingga satu masa dalam trimester kedua sebelum dapat merasa sensasi daripada sesi-sesi senamannya ini.

PERKEMBANGAN MINGGU KE TUJUH
Sekarang
panjang embrio dalam 1.25sm, saiz sebiji
kacang kuda, dan ia mempunyai jari tangan dan
jari kaki yang jelas, namun berselaput. Ia seakan-akan biji kacang yang
melompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula. Hati bayi terus
mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum
mengambil alih peranan ini.
Minggu kelapan menandakan permulaan tahap perkembangan yang amat giat. Antara minggu ini dan minggu ke-20 bayi anda membesar dengan pantas, dan bahagian tubuh badan yang terbentuk semasa minggu-minggu pertama kehidupannya (seperti jantung dan otak) mula berkembang dan menjadi lebih khusus dan rumit. Pada masa ini, gigi dan lelangit sedang membentuk, manakala telinga terus berkembang. Kulit fetus amat nipis, dan saluran darah jelas ternampak.
Anda sekarang berada dalam keadaan geliang-geliut trimester pertama, di mana ramai wanita merungut tentang ketidakselesaan dan sakit-sakit. Anda mungkin tidak dapat menahan muntah kerana mengalami mabuk hamil yang diakibatkan sebahagiannya oleh hormon-hormon kehamilan dalam badan anda. Anda mungkin terasa hendak membuang air kecil lebih kerap daripada biasa. Ini disebabkan oleh uterus anda yang berkembang menekan pundi kencing anda. Hormon juga menjejaskan imbangan cecair dalam badan anda. Semua ini akan berkurangan apabila kehamilan anda berlanjutan.

PERKEMBANGAN MINGGU KELAPAN
Tahniah -
embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna 'zuriat'. Uterus anda
meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran
sekitar 1.6sm. Banyak perubahan berlaku pada
minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula
berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya, dan jari kaki
yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata.
Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar sehingga anda memerlukan coli yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada coli lama. Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah, sehingga anda terpaksa menyimpan seluar jean kegemaran anda sehingga tahun depan.
Jika anda banyak meminum air mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang itu.

PERKEMBANGAN MINGGU KE SEMBILAN
Menjelang minggu
ke-10 kehamilan, anda mungkin merasakan yang anda sedang menaiki roller coaster
emosi, kadang kala merasa serba tak kena dan pada masa lain merasa amat gembira. Walaupun ini mengganggu setengah wanita yang menganggapkan
mereka cekap mengawal perasaan, apa yang anda lalui adalah normal dan mungkin
akan berlarutan sepanjang kehamilan. Emosi turun-naik ini disebabkan oleh
hormon-hormon dalam badan.
Pada penghujung minggu, panjang fetus anda di sekitar 2.3sm. Dari segi bentuk dan saiz, rupanya mirip lenggai kacang pea. Kelopak mata bercantum dan tidak akan buka sehingga 27 minggu kehamilan. Pergelangan tangan lebih matang, pergelangan kaki sudah nyata dan jari kaki kelihatan jelas. Lengan semakin memanjang dan boleh dibengkokkan di siku. Menjelang akhir minggu, butiran dalaman telinga sudahpun sempurna.
Walaupun anda belum lagi dapat menentukan jantina fetus melalui ultrasound, alat kelaminnya sudah mula terbentuk. Kini plasenta telah cukup matang dan mampu menyokong hampir semua tugas mengeluarkan hormon yang kritikal.
Sekiranya anda belum lagi berjumpa dengan pakar obstetrik/ginekologi, anda perlu membuat rancangan untuk pemeriksaan antenatal, dan kami mempunyai panduan lengkap tentang ujian-ujian antenatal. Jika anda berumur lebih daripada 35 tahun atau mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit tertentu, anda mungkin mahu mempertimbangkan ujian sampel vilus korion (CVS), satu ujian antenatal yang lazimnya dijalankan antara minggu ke-10 dan ke-12 kehamilan, untuk menyaring kecacatan dan keabnormalan semasa lahir.

PERKEMBANGAN MINGGU KE SEPULUH
Fetus
anda hanya sepanjang 3sm dari hujung kepala ke punggung dan
beratnya kurang daripada 4g. Namun begitu, ia tetap giat menelan dan menendang.
Setiap hari banyak butiran kecil mula muncul, seperti kuku dan rambut yang
kelabu seperti bulu.
Organ penting - hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru - telah terbentuk lengkap dan berfungsi, manakala kepala berukuran hampir setengah daripada ukuran panjang keseluruhan badan. Dahi terbonjol buat sementara dan terletak tinggi di kepala, tetapi ia kemudian akan bertukar dan kelihatan lebih mirip raut manusia.
Jika anda dapat melihat bayi anda pada minggu ini, anda akan nampak rangka tulang belakang. Saraf-saraf menjalar keluar daripada saraf tunjang.
Uterus anda sekarang adalah sebesar limau gedang. Dengan bantuan Doppler iaitu stetoskop tangan gelombang bunyi, anda akan dapat mendengar denyutan jantung fetus yang pantas - seorang ibu hamil menyamakannya dengan bunyi kuda-kuda kecil menderap.
Jika anda belum lagi melakukannya, anda sepatutnya jangan berlengah untuk membuat janji temu pranatal dan menempah tarikh untuk pengambilan darah bagi ujian-ujian rutin.

PERKEMBANGAN
MINGGU KE SEBELAS
Anda hampir sampai ke
penghujung trimester pertama. Banyak perkembangan kritikal bayi akan selesai
dalam dua minggu lagi, dan kemungkinan berlaku keguguran akan berkurangan secara ketara.
Diukur dari mercu kepala ke punggung, fetus anda yang kini berukuran 4sm mempunyai semua bahagian-bahagiannya, dari kudup gigi ke kuku jari kaki. Bayi anda sibuk menendang dan membuat regangan; pergerakannya amat lemah-gemalai seperti penari balet dalam air. Jari-jari tangan dan kaki sudah terpisah sepenuhnya. Kini, tugas utama fetus dalam tempoh enam bulan ke hadapan ialah untuk terus membesar dan menjadi semakin kuat sehingga dia boleh meneruskan kehidupan secara bersendirian di luar rahim.
Satu garisan pigmen gelap yang menegak yang dipanggil linea nigra mungkin akan muncul di abdomen anda. Uterus anda sudah naik dan melepasi tulang pelvis anda dan sekarang doktor boleh merasanya semasa pemeriksaan luaran.

MINGGU KE DUA BELAS
Muka bayi anda lebih
mirip rupa manusia, walaupun panjang dari mercu kepala ke punggung hanya
sekitar 5.5sm dan beratnya
kurang sedikit daripada 14g.
Matanya, yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah berganjak dan lebih
rapat. Telinganya hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala. Hatinya pula
mengeluarkan hempedu dan ginjal mengalirkan air kencing ke dalam pundi kencing.
Jika abdomen anda dicucuk-cucuk, fetus akan mengeliat-ngeliat, tetapi anda tidak akan merasa pergerakan ini. Sel-sel saraf giat mengganda dan sinaps-sinaps (penghubung saraf dalam otak) sedang terbina. Fetus telah memperolehi lebih banyak refleks: jarinya akan tertutup jika tapak tangannya disentuh, jari kaki bergulung ke bawah jika tapak kaki disentuh dan jika kelopak mata disentuh, otot mata akan menggenggam.
Pada masa ini, doktor anda sudah dapat merasa bahagian atas uterus, juga dikenali sebagai fundus yang terletak rendah di bawah abdomen.

PERKEMBANGAN MINGGU KE ENAM BELAS
Saiz bayi anda sekarang
lebih kurang sebiji
avokado (panjang dari mercu
kepala ke punggung) sekitar 11.6sm dan berat sekitar 100g. Dalam tiga minggu ke
hadapan ini dia akan membesar dengan sangat cepat, menambahkan beratnya dua
kali ganda dan panjangnya beberapa inci.
Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan makhluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya iaitu tali pusatnya sendiri yang dia suka tarik dan cekau. Kadang-kala dia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama sehingga memudaratkan. Sistem peredaran dan salur kencingnya sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya.
Kadang-kala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit pada bahagian sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar.

PERKEMBANGAN MINGGU KE DUA PULUH
Bayi
anda berukuran lebih kurang 16.5sm dari mercu kepala hingga ke
punggung dan dia terus menambah berat badannya. Satu bahan berlemak berwarna
putih dan licin yang dipanggil verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan
melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ia juga akan
memudahkan kelahiran.
Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan
ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda
menelan cecair amnion, badannya akan menyerap air yang terkandung di dalamnya
dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar.
Anda mungkin mahu mengikuti kelas antenatal jika
anda belum lagi berbuat demikian. Samada anda ibu buat pertama kali atau hanya
mahu mengulang kaji, anda akan mendapat manfaat apabila mengikuti kelas
berstruktur. Apapun falsafah di sebaliknya, kelas
antenatal boleh menyediakan anda bagi menghadapi semua kesukaran dan kesakitan
kelahiran. Anda harus merancang untuk menamatkan kelas menjelang minggu
ke-37 kehamilan kerana pada masa itu anda
dianggap sudah cukup bulan dan kelahiran boleh bermula bila-bila masa.
Berhati-hatilah dalam memastikan anda mendapat
zat besi yang mencukupi. Bayi anda memerlukan zat
besi di antaranya bagi pembuatan sel-sel darah merah. Sebenarnya, adalah sukar
untuk anda mendapatkan terlalu banyak zat besi daripada makanan semata-mata
tanpa makan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuk
daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang
diperkuat dengan zat besi.
Masa untuk UltraSound
Ultrasound
selalunya dilakukan apabila kandungan berada pada minggu ke 20. Semasa
ultrasound ini, doktor akan memastikan yang placenta adalah berkeadaan sihat
dan kukuh untuk menampung perkembangan bayi. Di samping itu, ultrasound juga
penting untuk memastikan yang bayi sihat membesar. Anda boleh melihat degupan
jantung bayi dan juga pergerakan badan, kedua dua tangan dan kedua dua kaki
bayi anda. Kebiasaannya jantina bayi telah boleh dikenal pasti pada waktu ini.
PERKEMBANGAN PADA MINGGU KEDUA PULUH EMPAT
Berat
bayi anda kini lebih daripada 600g. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis
dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna.
Otaknya berkembang dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim
anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 30sm. Sekiranya kelihatan
tanda-tanda bahawa proses kelahiran hendak bermula, pakar obstetrik dan doktor akan
melakukan segala-galanya untuk menghalang kelahiran
pramatang supaya bayi anda boleh
terus matang dalam kandungan.
Anda mungkin nampak jalur-jalur merah atau coklat malap yang dipanggil stria kehamilan atau kesan regangan muncul di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi memakai coli yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini pada payudara anda. Jalur-jalur ini memang biasa pada tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mengalaminya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang dan menjadi lebih pudar berbanding kulit di sekelilingnya.
Mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar 'mata kering'. Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah cecair 'airmata tiruan' untuk menambahkan kelembapan.

PERKEMBANGAN PADA MINGGU KE DUA PULUH LAPAN
Anda sekarang berada di penggal terakhir. Trimester ketiga
lazimnya bermula pada minggu ke-29 kehamilan dan berakhir pada minggu ke-40, walaupun
kadang-kala lebih lanjut daripada itu. (Jangan bimbang - maksima ialah 42
minggu! Lebih daripada itu, cetusan akan dilakukan untuk mendorong
kelahiran.) Kebanyakan wanita menambah berat badan sebanyak 5kg semasa semester
ini.
Menjelang minggu ini, berat bayi anda ialah lebih sedikit daripada 1kg dan mungkin berukuran 38sm panjang dari atas ke jari kaki. Sekitar masa ini, bayi dalam kandungan anda sudah boleh membuka matanya dan memalingkan kepalanya jika dia ternampak cahaya terang yang memancar berterusan dari luar. Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul.
Perasaan anda mungkin bercampur-baur apabila memikirkan tentang sakit bersalin dan melahirkan. Menyediakan senarai perkara-perkara yang perlu dibuat dan meraitkannya satu-persatu akan membantu. Mulalah pilih nama-nama bayi yang sesuai dan mulalah fikir tentang kehidupan selepas bersalin juga.

Anda juga mungkin berjumpa dengan doktor anda
dengan lebih kerap pada minggu-minggu terakhir ini.
Keperluan pemakanan bayi anda akan memuncak semasa
trimester ketiga. Anda akan memerlukan sejumlah besar protein, vitamin C, asidfolik, zat besi dan kalsium (lebih kurang 200mg diserapkan ke dalam
rangka tulang bayi setiap hari). Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan
nutrien-nutrien ini. Rangkanya terus mengeras dan otak, otot-otot dan paru-paru
menjadi semakin matang.
PERKEMBANGAN MINGGU KE 32
Lengan, kaki dan badan bayi dalam kandungan anda terus
membesar - dan akhirnya sepadan dengan saiz kepalanya. Beratnya lebih kurang 1.5kg dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 41sm dari mercu kepala
ke jari kaki.
Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak segiat dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda boleh rasa dia mengeliat-ngeliat, anda tahu dia sihat. Tapi percayalah, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Berat badannya dijangka bertambah sekurang-kurangnya 900g lagi sebelum dia dilahirkan.
Organ bayi anda terus matang dan dia membuang air kecil melalui pundi kencingnya. Ini adalah persediaan yang baik untuk melatih dia membuang air selepas lahir. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diinginkan oleh bayi anda - imbasan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan.
Berat badan anda mungkin telah meningkat berat sebanyak 1.3kg hingga 1.8kg pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik sehingga 460g seminggu semasa trimester terakhir kerana bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan.
Fikirkan tentang penyusuan sekarang..Anda mungkin sedar yang sejenis cecair berwarna kuning kekuningan keluar dari payudara anda dan itu adalah Kolestrum. Itu menandakan yang payudara anda bersedia untuk memproses susu.

PERKEMBANGAN PADA MINGGU KE TIGA PULUH ENAM
Bayi anda masih menambah
berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya
hampir 2.7kg dan panjangnya 45sm dari kepala ke jari kaki.
Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas.
Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)
Semasa temu janji pranatal mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan.

PERKEMBANGAN MINGGU KE TIGA PULUH LAPAN
Bolehkah anda mengetahui
samada mengandung bayi lelaki atau perempuan? Satu petunjuk ialah saiz bayi
anda - lelaki selalunya lebih berat daripada perempuan. Bayi pada umur 39
minggu mempunyai berat
badan sebanyak lebih kurang 3kg hingga 3.2kg dan dia terus menambahkan simpanan lemaknya yang
akan membantunya mengaturtepatkan suhu badan selepas kelahiran. Sistem-sistem
organ anak kecil anda sudah terbentuk dan bertempat sempurna, tetapi paru-paru
adalah yang terakhir untuk mencapai kematangan. (Selepas bayi dilahirkan, dia
memerlukan beberapa jam sebelum dapat memantapkan pola pernafasan yang normal.)
Adakah anda tertanya-tanya apakah warna mata bayi anda? Kebanyakan bayi Asia dan Afrika mempunyai mata hitam kelabu atau coklat semasa dilahirkan - mata hitam kelabu mereka akan menjadi betul-betul coklat atau hitam selepas enam bulan atau setahun. Kanak-kanak kacukan bangsa selalunya mempunyai warna mata yang betul-betul cantik. Bayi keturunan Eropah selalunya mempunyai mata berwarna biru gelap dan warna sebenar - coklat, hijau atau biru - mungkin tidak akan muncul untuk beberapa minggu atau bulan lagi. Warna mata bayi anda pada saat-saat selepas kelahiran tidak akan berkekalan - dedahan kepada cahaya akan menukar warna mata bayi yang asal.

PERKEMBANGAN PADA MINGGU KE TIGA
PULUH SEMBILAN
Panjang
bayi biasa adalah antara lebih kurang 51sm dari kepala ke jari kaki, dan beratnya lebih kurang
3.4kg semasa lahir. Namun begitu berat 2.5kg hingga 3.8kg adalah lingkungan
yang sihat bagi bayi baru lahir.
Cecair amnion anda, dahulunya jernih, sekarang berwarna pucat seakan susu akibat penanggalan verniks kaseosa bayi anda. Lapisan atas kulit juga menanggal apabila kulit baru timbul.
Lazimnya, dalam program TV, sakit bersalin dan melahirkan selalunya bermula dengan pemecahan ketuban air – lazimnya berlaku di tengah bilik yang penuh dengan orang, dan kontraksi akan terus bermula. Jika anda bimbang yang senario ini akan berlaku kepada anda, hentikan sajalah. Ruptur membran berlaku bagi kurang dari 15 peratus kehamilan dan bila ia berlaku, kepala bayi bertindak sebagai penyumbat di pembukaan uterus. (Tetapi, jika anda berbaring, anda akan sedar ada cecair yang meleleh.)
Anda seharusnya bertenang - kontraksi pertama hanya akan berlaku dalam beberapa jam lagi - dan hubungilah doktor anda dengan serta merta. Badan anda akan mengeluarkan lebih banyak lagi cecair amnion sehingga bayi dilahirkan, jadi penjaga-penjaga anda mungkin mencadangkan supaya anda duduk di rumah sehingga kontraksi bermula secara mantap atau mungkin mencadangkan pencetusan.
Apa pula halnya jika minggu ini berlalu dan bayi masih belum muncul? Jangan panik - hanya 5 peratus bayi dilahirkan pada tarikh yang dijangkakan. Kebanyakan doktor akan menunggu dua minggu lagi sebelum memperakui yang kehamilan itu sudah terlewat.

KELAHIRAN
Kebiasaannya, tempoh kehamilan adalah antara 38 minggu sehingga 42 minggu di mana kelahiran selalunya berlaku dalam minggu ke 40. Sekiranya melebihi 42 minggu, kehamilan itu akan dikira sebagai kehamilan yang sudah terlewat dan doktor mungkin ‘memaksa’ kelahiran berlaku.

Nota : Anda akan mendapati terdapat sesetengah minggu yang pihak admin tidak nyatakan. Ini adalah kerana tidak terdapat perkembangan yang banyak terhadap tumbesaran bayi.
Credit : Kepada blog dan website yang dirujuk (banyak rujukan)..terimakasih atas informasi yang diperolehi. Ini hanyalah sekadar untuk pengetahuan bersama. Tq..tq..
DAPATKAN SET LENGKAP SHAKLEE UNTUK IBU-IBU MENGANDUNG BAGI MEMENUHI KEPERLUAN JANIN ANDA:
Untuk maklumat lanjut tentang cara pengambilannya yang betul serta nasihat lain, hubungi 0134323244..call,sms,wechat,whatsapp semua boleh..In shaa Allah, saya akan membantu anda sebaik mungkin.

No comments:
Post a Comment