TRIMESTER
PERTAMA : MINGGU 0-12
Penjagaan
kesihatan dalam tiga bulan pertama ini penting sebaik anda mengetahui ada nyawa
sedang membesar di dalam rahim.Bergantung pada keadaan masing-masing ada yang
mampu kekal segar sepanjang hari.Tidak kurang juga yang terpaksa melalui alahan
berlebihan.Apa-apa pun,jaga kesihatan diri dan kandungan agar selamat sepanjang
kehamilan.
KEPENTINGAN ASID FOLIK
Asidfolik penting untuk diambil sewaktu hamil malah pengambilannya digalakkan sejak
tiga bulan sebelum merancang hamil.Tujuannya ialah membantu pembentukan saraf
bayi di awal usia kehamilan.Pada pemeriksaan antenatal pertama,anda akan
dibekalkan dengan asid folik dan perlu terus mengambilnya sehingga usia
kandungan tiga bulan.
MORNING SICKNESS
Hampir
85% ibu hamil mengalami morning sickness.Walaupun penyebabnya kurang
jelas,dipercayai hormon kehamilan iaitu chorionic gonadotropin(HcG) adalah
punca ia terjadi.Jangan terlalu khuatir kerana fakta menariknya ialah morning
sickness adalah pertanda bayi dalam kandungan keadaan sihat.
Bagi
mengatasi rasa mual ,loya dan muntah,jangan sesekali paksa diri untuk
makan.Sebaliknya makan apa sahaja yang diingini dalam jumlah yang sedikit
tetapi kerap.Namun,pastikan makanan itu berkhasiat.Antara lain,anda juga boleh
cuba mengambil halia dalam pemakanan seharian.Ia diyakini dapat meredakan
mual.Langkah mudah ialah mengambil minuman yang dicampurkan bersama hirisan
halia di dalamnya.
TARIKH JANGKAAN BERSALIN
Tarikh
jangkaan bersalin hanya segelintir wanita bertuah dapat melahirkan bayi tepat
pada tarikh jangkaan bersalin.Walaupun begitu,tarikh jangkaan bersalin yang
telah diberikan oleh doktor semasa pemeriksaan antenatal pertama tetap penting.
Tarikh
jangkaan bersalin bakal membantu doktor memantau perkembangan bayi dan
kehamilan anda.Selain itu,dia juga dapat menentukan jenis pemeriksaan yang
perlu dilakukan bertepatan dengan usia kandungan setiap kali anda menjalani
pemeriksaan antenatal di trimester akan datang.
Bagi
menjangka tarikh kelahiran bayi,doktor akan membuat pegiraan berdasarkan tarikh
terakhir haid.Jika kitaran haid tidak teratur atau anda tidak mengingati tarikh
terakhir haid,doktor akan melakukan ujian imbasan untuk dapat tarikh jangkaan
bersalin yang bersesuaian.
TIDUR MENGIRING
Sepanjang
tempoh kehamilan,anda sangat digalakkan tidur dalam mengiring ke sebelah
kiri.Biarpun kedudukan tidur sebegini bagus untuk diamalkan apabila anda
memasuki trimester kedua,ada baiknya anda mula berlatih untuk tidur dalam
keadaan ini sejak dari awal.
Antara
kebaikan tidur mengiring ke kiri ialah bayi mendapat oksigen dan nutrient yang
maksima daripada uri serta mengurangkan bengkak kaki,pengelangan kaki dan
tangan.Posisi tidur sebegini tidak menggangu peredaran darah.Jika khuatir
dengan gaya tidur anda,dapatkan nasihat dan tunjuk ajar doktor setiap kali
pemeriksaan antenatal dijalankan.
Bulan pertama
Kantung
ketuban merupakan kumpulan air ketuban yang terbentuk mengelilingi telur yang
telah disenyawakan.Ia membantu bayi keadaan selesa di dalamnya sepanjang
kehamilan.Uri yang terbentuk adalah bulat dan leper.Organ ini memindahkan zat makanan daripada anda kepada
bayi dan menjadi perantaran bahan buangan daripada bayi.
Wajah
primitifnya mula terbentuk dengan bulatan besar gelap yang merupakan matanya
.Mulut,rahang bawah dan tekak turut terbina.Sama juga halnya dengan sel
darah.Di akhir bulan pertama kehamilan,bayi adalah sekitar 6 hingga 7mm iaitu
sama besar dengan sebutir beras.
Bulan kedua
Ciri
wajah bayi mula berkembang.Telinga terbentuk melalui lipatan kulit di tepi
kepala.Tangan dan kaki terbentuk melalui tunas kecil.Jari dan mata mula
kelihatan.Tiub neural(otak,saraf tunjang dan tisu saraf lain dalam sistem saraf
pusat)juga terbentuk.
Selain itu,saluran
pencernaan dan organ-organ deria mula berkembang.Tulang pula terbentuk
menggantikan rawan.Bayi juga sudah mula bergerak tetapi anda tidak dapat
merasainya.Diakhir bulan,saiz bayi kira-kira 2.54sm dan beratnya 9.45g.
Bulan ketiga
Di akhir
tempoh bulan ketiga,bayi sudah terbentuk sepenuhnya.Dia mempunyai
lengan,tangan,jari tangan,kaki dan jari kaki.Dia boleh membuka mulut dan
genggaman tangannya.Telinga luarannya pun sudah terbentuk.Begitu juga dengan organ
reproduktifnya tetapi ia masih sukar dikenalpasti ketika ujian imbasan
dilakukan.Di akhir bulan ketiga juga,panjang bayi adalah sekitar 7.6sm hingga
10sm dan beratnya pula 28g.
SENAMAN KAGEL
Kehamilan
yang anda lalui akan menyebabkan otot lantai pelvis mengalami tekanan dari semasa
ke semasa.Oleh yang demikian,ada sesetengah doktor akan menyarankan anda
mengamalkan senaman di pemeriksaan antenatal pertama.
Amalan senaman Kegel
bertujuan membantu anda mengawal keanjalan lantai pelvis lalu mengurangkan kes
keguguran akibat serviks yang lemah.Dengan melakukan senaman ini juga anda
dapat membentuk otot pelvis yang lebih kuat bagi meneran bayi ketika proses
kelahiran kelak.Tambahan lagi,otot pelvis yang kuat akan mengurangkan risiko
koyak ketika meneran.
Kegel
mudah untuk dilakukan.Mulakan dengan berbaring.Kemutkan otot pelvis seperti
mahu menahan air kencing.Tahan selama dua hingga tiga saat.Lepaskan ia
perlahan-lahan dan rehat sebentar.
No comments:
Post a Comment