Baru-baru ini saya telah diajukan satu persoalan yang agak menarik dari customer saya tentang penyakit "Nephrotic Syndrome".
Mungkin ramai antara kita tak berapa nak pasti tentang penyakit ini kan..so..ayuh..kita sama-sama membaca tentang penyakit ini. Saya telah ambik informasi ini dari blog Dr Azwan sebagai panduan dan makluman kita.
Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit
yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal,
glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang
menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.
Di
dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor.
Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di
dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan
badan kehilangan banyak protein.
PENYEBAB
Nephrotic
syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya
tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam
darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus
Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan
Kencing manis.
PATHOPHYSIOLOGY
Pengeluaran
protein melalui air kencing atau PROTEINURIA menyebabkan badan akan kehilangan
banyak protein dari dalam darah atau HYPOALBUMINEMIA. Kekurangan protein di
dalam salur darah menyebabkan AIR keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu
badan. Ini menyebabkan kebengkakan muka, tangan dan kaki yang dipanggil EDEMA
atau bengkak air. Hati juga mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah
sebagai reaksi kehilangan protein maka terjadilah HYPERLIPIDEMIA atau lemak
berlebihan di dalam darah.
GEJALA
Nephrotic
syndrome menyebabkan pengidapnya menjadi lemah dan tidak bermaya. Kencing
mereka menjadi berbuih-buih. Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi
setelah bangun dari tidur dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat
berdiri. Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku.
DIAGNOSIS
1.
Air
Kencing Dipstick - Level protein yang tinggi di dalam air kencing pada
satu-satu masa mungkin disebabkan oleh Nephrotic Syndrome
2.
Air
Kencing 24 jam - Air kencing dikumpul selama 24 jam untuk mengira jumlah
protein secara lebih tepat.
3.
Darah
- Nephrotic syndrome menyebabkan protein yang rendah di dalam darah dan Lipid
yang tinggi. Kiraan Creatinine atau Urea yang tinggi di dalam darah menunjukkan
fungsi buah pinggang mungkin terganggu.
4. Biopsi - Sedikit sampel tisu buah pinggang diambil untuk menentukan jenis-jenis nephrotic syndrome. Ini sangat penting kerana "Minimal Change Nephrotic
Syndrome"boleh diubati dan mempunyai masa depan pemulihan yang sangat
cerah.
KOMPLIKASI
1.
Untuk
kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan pembesaran tubuh dan menyebabkan
pesakit dimasukkan ke wad hospital sehingga sembuh.
2.
Antibodi
badan menjadi lemah. Ini menyebabkan pesakit tadi mudah
terkena jangkitan kuman yang boleh membawa maut.
3.
Air
yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan
kuman. Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dsbg.
4.
Komplikasi
yang menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir atau End
Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.
5.
Darah
menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit
salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis)
boleh berlaku.
6.
Ubat
yang diambil iaitu Steroids juga memberi banyak kesan sampingan.
PERAWATAN
·
Pada
kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan
sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan
dikurangkan dengan perlahan-lahan.
·
Sekiranya
muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa, maka diuretics atau
ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati.
·
Protein
Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di
dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu. Pada
kebiasaanya ia tidak diberi.
·
Antibiotic
akan diberi sekiranya terdapat jangkitan
·
DIET
- Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan.
Pengambilan air juga hendaklah dikawal mengikut kes terutama mengalami bengkak
air (Edema) yang teruk. Walaubagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan
di dalam kes-kes biasa. Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting
untuk pengidap penyakit nephrotic.
Credit kepada : http://drazwan.blogspot.com
Setelah mendapat pencerahan tentang apakah penyakit ni, saya telah menghubungi Pakar Pemakanan dan Nutirisi Shaklee untuk bertanyakan tentang penyakit tersebut dan apakah supplement yang boleh diberikan kepada pesakit yang menghidapi penyakit tersebut:
Berikut adalah supplement Shaklee yang boleh diambil oleh pesakit nephrotic syndrome ini :
Vivix, Omega Guard, CoQHealth dan Vita E complex. Untuk cara pengambilan yang betul, hubungilah saya di talian 0134323244..
No comments:
Post a Comment