Saturday, March 15, 2014

Power Pumping

Power Pumping:

Power pumping meningkatkan bekalan susu ibu

Ingin tahu apakah itu power pumping ? Bagaimanakah ia berbeza dengan cara-cara pumping yang lain? Baca artikel ini untuk mempelajari tips-tips untuk memperbanyakkan susu badan.
Dewasa kini, keadaan sudah berubah. Para ibu moden kini turut sibuk bekerja mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak. Namun begitu, bekerja bukanlah alasan untuk tidak menyusukan bayi anda. Bagi para ibu yang kekurangan susu badan, terdapat teknik yang mungkin boleh membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik power pumping kini semakin sinonim dengan dunia ibu dan anak.
Apakah itu power pumping?
Power pumping adalah satu teknik unik yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik ini berkesan apabila pam susu digunakan untuk memaksa susu keluar seakan-akan sedang menyusukan bayi dan secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan susu ibu dengan banyak. Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada “arahan” daripada otak. Hormon-hormon yang terlibat ialah hormon prolaktin dan hormon oksitosin. Jika bayi anda semakin kuat, lebih kerap dan lebih lama menyusu maka secara tidak langsung akan merangsang kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon prolaktin yang membawa mesej untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Bagaimanakah teknik ini berkesan?
Power pumping ini tidak akan membantu untuk meningkatkan susu ibu jika penggunaannya terlalu kerap. Sebenarnya, teknik ini sangat sesuai jika digilir-gilirkan ketika menyusukan bayi. Ini kerana apabila payudara ibu dihisap dan bekalan susu ibu semakin berkurang maka tubuh akan mendapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu dengan lebih cepat.
Terdapat 2 jenis pam susu yang terkenal dikalangan ibu kini serta saranan penggunaanya:
Jika anda menggunakan Pam susu tunggal: Pam payudara kanan selama 10 minit kemudian tukar pam payudara sebelah kiri pula selama 10 minit dan bertukar semula ke payudara kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua payudara selama 1jam.
Jika anda menggunakan Pam susu dwi: Pam kedua-dua belah payudara secara serentak selama 10 minit. Kemudian berhenti mengepam selama 10 minit dan sambung semula pam kedua-dua belah payudara selama 10 minit dan rehat semula 10 minit. Teruskan sehingga 1 jam.



Anda boleh memilih 1 jam masa senggang anda pagi dan malam untuk mengepam susu berpandukan saranan berikut:
Pam untuk 20 minit; rehat 10 minit
Kemudian pam lagi 10 minit; rehat untuk 10 minit
Terakhir kalinya, pam sekali lagi untuk 10 minit
Cara ini memerlukan lebih kurang 40 minit untuk mengepam susu.
Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi. Pelbagai cara boleh diikuti tetapi terpulang kepada masa dan keselesaan para ibu.Ada antara kita yang merasakan cukup 2 kali sehari dan ada pula yang berpendapat 3 kali sekali.Untuk mendapatkan kesan peningkatan susu yang baik, bolehlah diamalkan lebih pada 7 hari.

Siapa Perlu Buat Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?


Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment