PANDUAN
ATASI SUSU KURANG.
Diawal kelahiran,sering kali kedengaran
keluhan si ibu menyatakan susunya kurang lantaran kekurangan ilmu penyusuan
susu ibu.Demikian antara keluhan yang biasa kedengaran daripada mulut para ibu
yang baru melahirkan bayi.Malang sungguh jika anda turut bersikap sedemikian
rupa! Tahukah anda situasi sebegini merupakan satu kesilapan paling besar yang
dilakukan oleh si ibu.Hal ini berlaku akibat daripada kegagalan si ibu yang
tidak menuntut ilmu penyusuan susu ibu sepanjang tempoh kehamilannya.Lantaran
kekurangan ilmu,beginilah jadinya.
Terdapat juga segelintir ibu
menganggap cuma ibu yang bertuah sahaja mampu menyusukan bayinya kerana
beranggapan diri tiada bekalan susu.Semuanya kerana selepas melahirkan,dia
membuat andaian tidak bijak itu setelah tiada susu yang mengalir keluar dari
puting.Apabila bayi menangis,dia menganggap bayi sangat kelaparan dan diri
tidak mampu memberikan susu ibu yang secukupnya.
Anda perlu tahu dan sentiasa
beringat selalu bahawa penyusuan susu ibu bukanlah proses semula jadi yang
mudah dikendalinya. Sebalik, ia memerlukan anda untuk berterusan belajar dan
mempraktikkan amalan-amalan yang diyakini dapat merangsang, menambah dan
meningkatkan penghasilan susu ibu agar berupaya memenuhi keperluan bayi yang
baharu sahaja anda lahirkan.
Memandangkan ilmu penyusuan
susu ibu sangat penting, maka anda perlu menjadi seorang yang lebih rajin dalam
mengumpul sebanyak mungkin maklumat berkaitan terutamanya yang membabitkan soal
penyusuan bayi sejurus selepas dia di lahirkan.
Sementara itu, penyusuan bayi
pada awal kelahirannya iaitu dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran
adalah sangat penting!!! Anda mungkin beranggapan bahawa diri tidak memiliki
susu lantaran tiada susu yang berupa cecair putih keluar. Ketahuilah bahawa susu
awal atau turut dikenali sebagai kolostrum yang keluar itu adalah susu!!! Ia
merupakan susu yang sangat berkhasiat dan penting demi membina antibodi si
manja.
Tidak perlu khuatir dengan
andaian sesetengah pihak bahawa anda tiada susu! Ia bohong semata-mata. Apa
yang perlu anda lakukan untuk memastikan penghasilan susu ibu yang berterusan
ialah kerapkan sesi penyusuan bayi. Ia penting untuk merangsang tubuh
menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi. Banyak atau tidak susu
ibu banyak mempengaruhi oleh keperluan bayi. Apabila kerap mengosongkan payu
dara sama ada dengan menyusukan bayi ataupun mengepam, anda sebenarnya membantu
diri menghasilkan lebih banyak susu ibu.
Pada masa yang sama anda
turut digalakkan untuk mengamalkan petua dalam membantu tubuh menambah
penghasilan susu seperti mengambil makanan atau minuman yang di yakini ramai.
Namun ada baiknya jika anda mula mengamalkan sejak hamil lagi. Biar pun begitu,
harus diingatkan bahawa bukan makanan atau minuman ini yang menjadi pendorong
utama susu yang banyak. Sebaliknya kekerapan anda mengosongkan payu dara itulah
kunci utamanya. Oleh sebab itulah tiada gunanya anda makan atau minum pelbagai
jenis bahan yang dikatakan dapat menjadi pengalakkan penghasilan susu, berurut,
mengambil suplemen tambahan dan sebagainya tetapi tidak menyusukan bayi dan
mengosongkan payu dara.Supplemen hanyalah menolong,bukan penyebab jumlah
kuantiti susu.
Bagi mengatasi masalah yang
kononnya susu ibu kurang caranya sungguh mudah. Apa ayang perlu dilakukan ialah
anda perlu terus mengalakkan bayi menyusu dengan lebih kerap. Ingatlah!!!
Bekalan susu ibu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan, mengehadkan masa
penyusuan ataupun posisi penyusuan yang diamalkan tidak betul.
Ingat selalu!!! Bayi yang
baru dilahirkan perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali dalam tempoh
24jam. Walau bagaimanapun, perlu anda ketahui bahawa kebanyakkan bayi akan
menyusu lebih daripada jumlah itu.Apa-apa pun,semakin kerap bayi menyusu,maka
semakin mudah payu dara kosong.Dengan demikian juga, semakin banyak susu ibu
dapat dihasilkan hanya dengan mengaplikasikan cara mengosongkan payu dara ini
dengan kerap.
Dalam pada itu,kebanyakan
bayi akan mengambil masa antara 30 hingga 40 minit bagi setiap sesi penyusuan.Anda
diingat agar membiarkan sahaja bayi mengawal penyusuan sehingga dia sendiri
melepas puting susu apabila benar-benar bersedia dan puas menyusu.
No comments:
Post a Comment