Sunday, March 2, 2014

Elakkan Faraj Berbau

                                                                
ALAMAK FARAJ BERBAU

Masalah berkaitan alat sulit adalah sesuatu yang memalukan dan tidak perlu diceritakan kepada orang lain termasuklah doctor.

Begitu luahan yang sering diutarakan oleh kebanyakan wanita apabila menyentuh isu berkaitan jangkitan di faraj. Sudahnya kebanyakan daripada golongan ini hanya berdiam diri dengan menyembunyikan masalah yang dihadapi. Sepatutnya kekangan seumpama itu perlu diruntuhkan agar rawatan yang di secara tidak langsung dapat menghindarkan masalah yang lebih teruk daripada berleluasa.

Kebanyakan wanita tidak mengambil peduli apabila diri mengalami masalah di faraj. Rata-rata beranggapan keadaan itu berlaku tas factor usia, tekanan dan lain-lain sehingga melebelkannya sebagai masalah biasa biarpun kadang kala ia menimbulkan ketidakselesaan dan kelancaran aktiviti harian. 

Ketahuilah alat sulit yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan jangkitan kuman yang menjadi punca kepada masalah keputihan serta penyakit berkaitan seksual. 

Perlu anda tahu bahawa jangkitan pada faraj boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan latar belakang hidup. Ia boleh menjadi kepada diri anda yang sudah mendirikan rumah tangga mahupun golongan remaja. 

Jadi luaskan pengetahuan dengan punca gejala masalah itu berlaku dan dapatkan rawatan bersesuaian daripda doctor pakar yang lebih berpengalaman. 

Beringatlah! Kebersihan faraj perlu dititikberatkan. Pengabaiannya boleh menyebabkan anda mengalami jangkitan kuman. Antara langkah untuk mengelak daripada menghadapi jangkitan ialah memastikan kebersihannya dan faraj kekal kering sentiasa.

KEPUTIHAN
Keputihan adalah normal berlaku kepada kebanyakan golongan wanita. Yang membezakannya ialah sama ada masalah itu serius atau sebaliknya. Hal ini berlaku kerana bahagian alat sulit wanita sememangnya sangat sensitive kepada perubahan persekitaran terutamanya tahap keasidan dan kealkalian.

Oleh yang demikian, setiap perubahan sama ada disebabkan jangkitan kuman seperti bacteria, virus dan kulat; penggunaan produk pembersih atau persekitaran akan memyebabkan ketidakselesaan, gatal atau menggeluarkan keputihan yang tidak normal serta berbau. 

Bagi mengenalpasti keputihan tidak normal, serta berbau biasanya lendir yang keluar adalah putih pekat, kelihatan seperti nanah, berbau busuk dan sertai dengan rasa gatal di sekeliling faraj. 

Untuk makluman keputihan yang disebabkan jangkitan bacteria pula biasanya berwarna kuning, berbau hamis dan gatal pada kemaluan. Keputihan yang disebabkan jangkitan kulat pula berwarna susu, bergumpal, berbau masam, rasa gatal dan kemaluan akan membengkak dan merah.


TIP ELAK JANGKITAN

1-Pastikan kemaluan ssentisa berada dalam keadaan yang kering.

2-Hindari penggunaan sabun atau gel pembersih yang mengandungi banyak bahan kimai pada alat kelamin kerana ia boleh menyebabkan rasa pedih, kering dan gatal. Sementara itu ada sesetengah wanita sensitive dan alah kepada pewangi dalam buih sabun.

3-Elakkan kekerapan melakukan douche iaitu memasukkan jari atau memancutkan cecair ke dalam faraj yang bertujuan membersihkan bahagian dalam faraj.

4-Sekiranya boleh tukar tuala wanita sekerap meungkin terutamanya pada hari darah haid keluar dalam jumlah yang banyak. Jika menggunakan tampon pula, elakkan jenis tampon yang mengandungi bahan pewangi.

5-Gunakan pakaian dalam yang tidak terlalu ketat dan diperbuat daripada kapas. Tukar penggunaannya dengan lebih kerap pada hari lendir banyak dikeluarkan. Sebaik-baiknya pakai pelapik seluar dalam supaya lendir berkenaan tidak melekat pada pakaian dalam sehingga menyebakan ketidakselesaan.

6-Jauhi amalan pemakaian pakaian dalam jenis sintetik yang terlalu ketat kerana ia akan menambahkan lagi masalah. Fabrik jenis ini akn menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara yang akhirnya menggalakan kuman membiak.

7-Anda dan suami sangat digalakkan untuk membersihkan alat kelamin dengan menggunakan air bersih sebelum dan selepas melakukan hubungan seks bagi memastikan tahap kebersihan yang optimum.


RAWATAN

Sekiranya anda mengesyaki diri mengalami jangkitan faraj, segera berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan lanjut. Anda perlu mendapatkan diagnosis dengan melakukan pap smear. Ia bagi memastikan kadar PH di vagina tidak melebihi empat bagi mengelakkan pertumbuhan bacteria aktif. 

Bagi memastikan rawatan yang dibuat lebih berkesan, elakkan diri daripada melakukan hubungan intim apatah lagi jika anda belum pulih sepenuhnya. Jika perlu gunakan kondom ketika berasmara. 

Sementara itu, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan jenis makanan yang mengandungi kultur hidup setiap hari dalam tempoh enam bulan berupaya membantu anda untuk tidak lagi mengalami jangkitan yang sama.


No comments:

Post a Comment