Sunday, February 9, 2014

CARA MENGETAHUI WAKTU SUBUR

KETAHUI WAKTU SUBUR ANDA!!!


Terdapat beberapa kaedah untuk mengetahui waktu subur anda? Apa pentingnya untuk mengetahui waktu subur?
Ada dua sebab penting kenapa mengetahui waktu subur itu penting:
a) Untuk memudahkan mendapat zuriat
b)Untuk mengelakkan dari mendapat zuriat (birth control)
Kita fokus kepada sebab yang pertama iaitu untuk mendapatkan zuriat.  

Terdapat pelbagai cara untuk mengetahui waktu subur.Lazimnya tempoh kesuburan berlangsung dari kali pertama anda haid hinggalah menopaus. Dalam satu kitaran haid, hanya ada beberapa hari dalam sebulan di mana anda berada dalam keadaan subur dan bersedia untuk hamil.
Kajian oleh Barret dan Marshall mendapati hanya 24% hubungan intim yg dilakukan tanpa mengetahui hari subur berjaya mencetuskan kehamilan. Itu bermakna peluang untuk hamil adalah tinggi sekiranya berlaku hubungan intim dalam tempoh tersebut.


Pengiraan Kitaran Haid
Wanita dengan kitaran haid yang normal biasanya subur. Cara kira waktu
subur:
Katakan kitaran haid selalunya 30 hari. Kira 12 hingga 16 hari ke belakang.
Dalam kes ini, waktu subur anda adalah pada hari ke 14 (30-16) hingga hari ke 18 (30-12).
Berdasarkan faktor di atas, adalah penting untuk mencatatkan tarikh hari pertama haid untuk mengira hari subur anda..
Cara mengira kitaran haid :
  • Tanda Hari Pertama haid untuk bulan tersebut contohnya 1 hb Mac..kira jumlah hari sehingga sehari sebelum period bulan April. Mungkin 31hb April..Jumlah hari antara 1hb sehingga 31hb adalah merupakan jumlah hari kitaran haid anda.
  • Tanda dan kira untuk beberapa bulan. Berdasarkan maklumat tersebut, anda boleh mengira waktu subur anda dengan lebih tepat.

Pengeluaran Lendir
Antara cara paling mudah untuk mengetahui waktu subur anda.Tanda-tanda pengeluaran lendir berlebihan dari faraj. Lendir ini datang dalam pelbagai warna. Ia boleh menjadi coklat ataupun jernih seperti telur mentah. Dalam masa yang sama, anda mungkin turut mengalami tanda seperti sakit ataupun senak di bahagian bawah perut.
Setelah lendir sebegini keluar, ia akan bertukar bentuk kepada lebih pekat dan kesat. Keadaan ini menyatakan yang waktu subur sudah berlalu.

Pemantauan Suhu Badan (BBT)
Cara ini boleh dilakukan dengan menggunakan thermometer khas iaitu ovulation thermometer.
Persediaan awal penggunaan thermometer ini perlu dilakukan pada sebelah malam dengan menggoncang thermometer supaya tanda raksa turun ke paras yang paling rendah.
Sebaik sahaja bangun dari tidur, thermometer tersebut perlu diletakkan ke dalam mulut selama dua hingga tiga minit.
Catatan suhu badan ini perlu dilakukan pada setiap hari kecuali ketika anda haid dengan membuat plot pada carta.
Kebiasaannya,  suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih. Inilah hari di mana anda berkemungkinan subur. Suhu kemudian akan meningkat sehingga 0.2 darjah celcius dan berlarutan sehingga 10 hari atau pun lebih. Suhu yang tinggi adalah disebabkan oleh kehadiran hormone progesterone.

UJIAN DARAH

Ujian darah dilakukan bagi mengesan paras hormone yang boleh menentukan anda mengeluarkan benih ataupun sebaliknya. Sukatan paras hormone progesterone dilakukan pada hari ke 21 hingga 25 dalam pusingan haid. Kaedah ini agak mahal kerana ujian ini hanya boleh dilakukan di makmal-makmal patalogi yang menyediakan perkhidmatan sedemikian rupa.

PERUBAHAN FIZIKAL

Pada waktu subur, tubuh akan mengalami perubahan kecil. Bahagian tubuh yang terlibat adalah payudara. Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda iaitu payudara menjadi lebih lembut pada waktu subur. Keadaan ini dikaitkan dengan hormone yang sedang melakukan persiapan awal sebelum kehamilan berlaku.
Walaubagaimanapun, ia bukanlah satu kaedah yang dapat meramalkan hari subur dengan baik.Ini adalah kerana payudara boleh menjadi lembut pada sebarang masa, tidak semestinya waktu subur sahaja.

KEDUDUKAN PANGKAL RAHIM
Kaedah sebegini memerlukan pemerhatian yang berterusan terhadap kedudukan pangkal rahim. Pemeriksaan sendiri boleh dilakukan hampir pada setiap hari. Sebaik-baiknya pada waktu yang sama dengan memasukkan jari yang telah dibersihkan terlebih dahulu ke dalam faraj dalam keadaan anda mencangkung.
Sebelum waktu subur, pangkal rahim lebih hampir ke bawah (mudah disentuh), akan terasa kering, padat (seperti anda menyentuh hidung) dan laluannya agak tertutup. Sebaliknya ketika waktu subur,pangkal rahim agak tinggi sehingga sukar disentuh. Agak lembut (seperti menyentuh bibir) dan lembap dengan laluan yang agak terbuka.


No comments:

Post a Comment