HEALING CRISIS ATAU
KRISIS PENYEMBUHAN
Pernah
dengar kan perkataan ni? Ada antara pelanggan saya yang mengalaminya
sendiri..tetapi dengan tekad dan keyakinan, mereka teruskan jugak pengambilan
supplemen Shaklee ni dan nah..hasilnya mereka berjaya mendapat apa yang mereka
kehendaki..Nasihat saya, jangan mudah mengalah jika krisis penyembuhan ini
berlaku. Itu POSITIF bukan Negatif. TERUSKAN…Insya allah..mudah-mudahan
akan dipermudahkan dan diberkati segala usaha.
Q:APAKAH
YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KRISIS PENYEMBUHAN?
A: Krisis Penyembuhan atau
healing crisis ini adalah satu proses di mana selepas pengambilan supplement, sistem
badan mengambil masa untuk membersih, membina dan mengadaptasikan semula
sel-sel badan yang telah rosak akibat kegiatan radikal bebas dalam badan. Sebahagian
dari proses ini akan mula menyingkirkan toksin yang telah lama terkumpul dalam
badan. Semasa proses penyingkiran ini, badan kita akan mengalami tanda atau
simpton tertentu yang membuatkan kita rasa tidak selesa. Ini dikenali sebgai HEALING
CRISIS.
Q:Mengapakah krisis
penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
A:Menurut Professor Yoshio
Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan
nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan
tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses
pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru
dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam
pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa
badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda
seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau
pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip
tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak
kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu
disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti
baru.
Q:Adakah krisis penyembuhan
petanda yang baik?
A:Ya. Krisis penyembuhan
merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang
diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka
menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan
semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan
krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada
orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat
tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
Q:Adakah setiap orang akan
mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?
A:Setiap orang adalah
berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja
mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai
selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam
badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Q:Secara umumnya, berapa
lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya bergantung
kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam
tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
Q:Ramai orang bertambah
baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil
makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
- A: SECARA UMUMNYA,
SELEPAS 1-2 BULAN PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN,ANDA SEPATUTNYA TELAH
MERASAI PERBEZAANNYA (CTH. TENAGA BERTAMBAH, PERGERAKAN SISTEM USUS YANG
LEBIH BAIK, DLL.) SEKIRANYA TIADA SEBARANG PENINGKATAN, ANDA
BERKEMUNGKINAN MEMPUNYAI MASALAH SEPERTI:
- TIDAK MENGAMALKANNYA
SETIAP HARI
- TIDAK MENGIKUT DOS YANG
TELAH DI CADANGKAN
- TAKUT KEPADA KRISIS
PENYEMBUHAN, LALU BERHENTI DARI MENGAMBILNYA
- PEMAKANAN YANG TIDAK
SEMPURNA SERTA MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT
- MENGALAMI PENYAKIT
KRONIK YANG MEMERLUKAN TEMPOH YANG PANJANG UNTUK SEMBUH
- MENGALAMI KEADAAN YANG
KRONIK YANG MEMBUAT ANDA HILANG KEYAKINAN DALAM MANA-MANA RAWATAN MAHUPUN
MAKANAN TAMBAHAN
- MENGALAMI MASALAH EMOSI
Tanda-tanda & Penyebab
Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan
dan Petanda serta Simptom:
1) Krisis Penyembuhan Sakit kepala yang melampau
Penyebab Tekanan darah tinggi,
petanda menyahtoksin
2) Krisis
Penyembuhan Demam, tidak cukup rehat
Penyebab Meningkatkan metabolisma,
merangsang fungsi imunisasi badan
3) Krisis
Penyembuhan Ciritbirit,meningkatkan pergerakan usus, najis
berbau, air kencing berbau
Penyebab Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
Penyebab Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
4) Krisis
Penyembuhan Kembung perut
Penyebab Sistem penghadaman
yang lemah
5) Krisis Penyembuhan Ruam,
kulit gatal, kelemumur, keluar lendir
Penyebab Fungsi hati yang lemah,
usus besar yang tidak sihat
6) Krisis Penyembuhan Penghasilan lendir seperti selsema, kahak
6) Krisis Penyembuhan Penghasilan lendir seperti selsema, kahak
Penyebab Fungsi paru-paru yang
lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
7) Krisis
Penyembuhan Pendarahan Hidung
Penyebab Mungkin petanda bagi
kekurangan darah
8) Krisis
Penyembuhan Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab Badan berasid, toksin
terkumpul dibahagian yang sakit
9) Krisis
Penyembuhan Peningkatan rasa sakit di sebahagian
badan yang bermasalah
Penyebab Mempercepatkan krisis
penyembuhan
10) Krisis Penyembuhan Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
10) Krisis Penyembuhan Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
Penyebab Sistem saraf yang
lemah
11) Krisis Penyembuhan Kitaran haid yang tidak menentu Hormon yang tidak seimbang/ penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak
12) Krisis PenyembuhanLapar, Pening
11) Krisis Penyembuhan Kitaran haid yang tidak menentu Hormon yang tidak seimbang/ penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak
12) Krisis PenyembuhanLapar, Pening
PenyebabTekanan darah rendah,
anaemia
13) Krisis PenyembuhanLoya, sembelit, tersedu
13) Krisis PenyembuhanLoya, sembelit, tersedu
PenyebabSistem
hadaman yang lemah, masalah hati
14) Krisis PenyembuhanEdema (membengkak)
14) Krisis PenyembuhanEdema (membengkak)
PenyebabMasalah buah pinggang
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity
No comments:
Post a Comment