Tuesday, October 7, 2014

Puding Roti Berkuah ESP (sesuai jugak untuk yang di dalam pantang)

Salam..

Dah lama tak menulis dalam blog ni..sibuk mengalahkan PM. Sibuk duniawi..

So, sempena bulan promosi ESP (Energizing Soy Protein) ni, Oktober 2014, K.rod nak bagi resepi cara mempelbagaikan penggunaan ESP ni kerana ada sebilangan dari kita yang agak kurang senang dengan bau soya ni..Sebagai mengatasi masalah tersebut, k,rod bagi resepi ni untuk anda menikmati kebaikan ESP tanpa apa apa rasa yang kurang menyenangkan demi mendapatkan pelbagai zat dan khasiat yang terdapat di dalamnya..



Resepi ini jugak sesuai untuk sesiapa yang di dalam pantang. Cuma, jangan letak telur sahaja. Yang lain,should be okay..

Untuk mendapatkan resepi lain, silalah order ESP dari Kak Rod dengan menghubungi 0134323244, Whatsapp, Telegram dsbnya atau my FB: Rodziah Musa.


Wednesday, April 9, 2014

Petua Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin

Petua Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin

Ibu-ibu selepas melahirkan anak biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk menaikkan kembali seri wajah, cubalah mana-mana petua di bawah.

Petua 1:

Ambil beberapa tangkai daun inai, besihkan dan rebus. Minum airnya tiga kali seminggu. Seelok-eloknya pada waktu pagi dan malam.

Petua2:

Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar separuh halus. Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan parut atau kisar. Satukan beras kisar dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan kering sendiri.
Amalkan selama tiga malam berturut-turut, 
Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.

Petua 3:

Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus. Selepas itu gentel kecil-kecil seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan.Amalkan sehingga nampak keberkesanannya

Tuesday, April 8, 2014

Ekzema (eczema)

MENANGANI EKZEMA

Apakah Ekzema:

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.
Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.
Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).



Ekzema menyebabkan kulit si kecil yang lembut menjadi gatal dan mengalami keradangan. Kebanyakkan kanak-kanak mengalami ruam. Walaupun gatal dan merimaskan, ia selalunya hilang dengan sendiri. Bagaimanapun,ada yang menderita keadaan di mana ruam menyebabkan kulit mengalami keradangan sehingga memerlukan bantuan perubatan.

  

Apakah Kaedah Paling Efektif Menangani Ancaman Ekzema?

Caranya, mulakan dari awal! Eczema adalah masalah biasa. Ia menjadi punca keradangan kulit dimana amat kegatalan yang dialami amat merimaskan, khususnya buat kanak-kanak dan bayi. Gruan menyebakan masalah kulit menjadi semakin teruk. Malahan, luka permukaan kulit penghidap eczema biasanya disebabkan garuan.

Apakah Punca Ekzema Atopik?

Ekzema atopik di sebabkan interaksi dinamik di antara genetic dan factor alam semula jadi. Ia tidak memiliki agen penyebabkan atau factor tunggal dan dikaitkan dengan kecacatan kulit (lapisan luar kulit yang berliang) dan tindak balas ekstrem sistem imumbadan terhadap alergen atau perengsa dalam alam sekitar(habuk, kulat, pollen, bulu haiwan)

Tindak balas ini menimbulkan symptom eczema yang turut dikenali sebagai eczema atopik, jenis eczema yang paling banyak dikesan. Hasil penyelidikan menunjukkan eczema atopik boleh menjangkiti dua daripada 10 individu di Malaysia dan 10 hingga 14 peratus kanak-kanak berusia bawah umur14 tahun, sambil menegaskan situasi ini kerap berlaku dalam komuniti Bandar.
  
Symptom eczema juga muncul apabila kulit bergesel dengan bahan kasar dan menyebabkan kerengsaan. Pendedahan terhadap haba (berpeluh), kesejukan (udara kering) dan jangkitan saluran penafasan juga menjadi punca kemunculannya. Tekanan boleh memburukan lagi keadaan.
 
Tahukah anda insiden eczema menunjukkan peningkatan dengan satu daripada empat kanak-kanak kini terjejas olehnya. Di Malaysia, kelaziman eczema dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah adalah di antara 12 hingga 13 peratus pada 2001. Satu daripada penjelasan yang berpotensi ialah kekerapan mandi dan penggunaan sabun dan pencuci. Pencemaran udara boleh menyebabkan kegatalan dan keradangan pada kulit anak anda, atau menjadikan eczema meraka lebih teruk.

 Perhatikan Tanda-tandanya

Tanda dan symptom eczema atopik biasanya muncul pada bulan terawal kelahiran dan selalunya sebelum anak mencecah umur lima tahun. Ini membabitkan:

  • Tompok merah atau coklat kekelabuan
  • Kulit bersisik atau merekah
  • Benjolan kecil mungkin pada pipi, dahi, atau kulit kapala (boleh merebak kapada tangan dan kaki, bahagian hadapan lipatan siku, belakang lutut dan pada buku lali, pengelangan tangan, muka, leher dan bahagian atas dada)
  • Kegatalan teruk (selalu berlaku)

Garuan boleh menyebabkan ia menebal, kemerahan, luka dan berkuping; ia menyebabkan kemunculan luka yang berjangkit. Bagaimanapun, kebanyakkan pesakit tidak dapat menahan diri dari menggaru. Ini membawa kepada kitaran gatal dan garu yang berakhir dengan luka dan kesakitan.

Cara menangani eczema

Memandangkan eczema adalah keadaan yang dialami sepanjang hayat, sasaran utama rawatan adalah untuk menangani masalah kegatalan dan mengurangkan kemungkinan berlakunya keradangan. Hasik kaji selidik Impak Pesakit Ekzema menunjukkan 62 peratus penjaga sentiasa yang bakal berlaku kepada anak mereka.
     
Kita perlu lebih proaktif bagi memastikan kelembapan kulit kekal, walaupun apabila eczema sudah dapat dikawal. Penggunaan pelembap akan wujud batas yang berupaya melindungi kulit sikecil daripada kehilangan air dan keadaan yang lebih teruk, disamping mengekalkan kelembutan kulit mereka.

Ibu bapa perlu memilih pelembap dengan formulasi sesuai dan ia harus mampu merawat keadaan kanak-kanak terbabit serta menghalang daripada berlaku kitaran garu gatal.

Selain rawatan, terdapat beberapa petua yang boleh diikuti si kecil bagi menghilangkan kegatalan. Mereka perlu mengelak daripada memakai kain yang menyebabkan kegatalan. Galakkan mandian dengan air suam untuk membersihkan tubuh selepas senaman memandangkan peluh boleh menyebabkan keradangan. Selepas mandi, sapukan losyen pada kulit anak anda sementara ia masih lembapan di dalam kulit.

Jika anda mengalmi eczema, pastikan kuku mereka sentiasa pendek bagi mengurangkan luka apabila menggaru. Mengawal gaya hidup yang berkaitan dapat membantu anda mengawal symptom eczema dan mengurangkan kekerapan peningkatan kesan buruknya.

Bolehkah Ekzema dirawat dengan sepenuhnya?

Dalam hal ini, apa yang boleh dikatakan ialah kebanyakan kanak-kanak akan mendapati eczema hilang apabila mendekati usia persekolahan. Kebanyakkan kanak-kanak yang mengalami eczema ketika zaman kanak-kanak akan mendapati ia hilang  sebaik meniti usia remaja.

Bagaimanapun, sesetengah kanak-kanak akan mengalami eczema sehingga zaman dewasa. Pengulangan boleh berlaku dan berpanjangan sehingga bertahun-tahun. Kekeringan dan keresangan kulit juga memakan masa untuk hilang.  


Cadangan supplemen penyembuhan dari Shaklee



1) Langkah 1 - minum MEALSHAKE
- berperanan untuk membantu pertumbuhan sel kulit sihat untuk menggantikan sel kulit yang rosak.
- bonus mengambil mealshake :

·                     meningkatkan selera makan terutamanya di kalangan kanak-kanak
·                     meningkatkan sistem imuniti - jarang sakit,demam,selsema
·                     menyediakan nutrisi lengkap dengan kandungan mutivitamin dan mineral
·                     parut cepat hilang
2) Langkah 2 - mandi BASIC-H
- digunakan untuk mencuci bahagian yang terkena radang dan gatal
- sangat sesuai untuk jenis ekzema yang berair, bernanah tapi tidak sesuai untuk ekzema jenis kering dan bersisik.

3) Langkah 3 - sapu HERBAL BLEND
- super moist cream yang disapu pada tempat kering dan kasar yang mana ianya berfungsi melembapkan kulit.
- melegakan gatal-gatal dan pedih
- dirumus dari ekstrak herbal semulajadi seperti sage, rosemary dan horse chestnut yarrow.
- kurang sesuai untuk ekzema jenis berair.

Terdapat juga beberapa produk lain yang sesuai dalam rawatan ekzema bergantung pada keperluan.


Protein soya bagi menggantikan Mealshake yang sangat baik untuk pemulihan sel-sel rosak dan menggantikan dengan sel-sel baru yang sihat.


Terkenal untuk merawat dan melicinkan kulit terutamnya pesakit ekzema dan memudarkan parut dengan berkesan. Ia juga dikatakan dapat mengelakkan luka dari dijangkiti bakteria.


Omega Guard membantu masalah Eczema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan. Ianya juga membantu melembapkan kulit kering yang menjadikan ekzema semakin teruk. 


Raja bagi segala tumbuhan yang sangat kaya dengan klorofil yang dapat membatu masalah penyakit kulit seperti ekzema.

Sesungguhnya, set bantuan supplemen Shaklee ini bergantung kepada jenis dan tahap penyakit. Consult saya 0134323244 Puan Rodziah untuk keterangan lanjut.




Monday, April 7, 2014

Tips Kesihatan

PETUA UNTUK MERAWAT STRETCH MARK YANG TERDAPAT DI PERUT SELEPAS BERSALIN


Selepas bersalin, perut ibu akan berubah dan jadi pecah-pecah kulit. Jadi anda boleh mengamalkan beberapa petua yang mampu kembalikan perut anda seperti asal.

Salah satu cara ialah amalkan menyapu minyak zaitun di perut tiap-tiap malam sebelum masuk tidur.

Anda juga boleh guna cara dengan perahkan air limau nipis ke atas sedikit kapur sirih. Bancuh sehingga sebati lalu disapu ke perut. Kemudian balut dengan barut. Lakukan setiap kali selepas mandi.

Petua lain, anda boleh ramas sedikit asam jawa dengan kapur atau ragi. Campurkan sedikit air dan gaul sehingga sebati. Sapu pada perut ketika hendak tidur malam.

Selain itu ibu-ibu boleh juga rebus secupak asam gelugur bersama secupak garam sehingga hancur. Ambil asam gelugur hancur tadi, pupukan ke perut kemudian barut. Amalkan selama 44 hari.


Saturday, April 5, 2014

Perubahan laman web Shaklee Pendang

Atas nasihat kawan2, berkuatkuasa hari ini .. laman web pengedar shaklee pendang telah ditukar dari shaklee-pendang.blogspot.com ke rodziahmusa.blogspot.com .. Harap maklum
 


Monday, March 24, 2014

In remembrance of MH370

'May Allah forgive the departed and strengthen those who are suffering.' - In remembrance of MH370



My deepest sympathy and condolence to all the family members . The whole nation mourns..

Nutrien Ibu Menyusu

Keperluan Nutrien Untuk Ibu Menyusu
Ibu menyusu memerlukan nutrien yang mencukupi untuk keperluan harian. Untuk Tenaga , Protein, Kalsium, Zat besi dan asid folik yang mencukupi, cubalah set set menyusu shaklee