Saturday, February 22, 2014

TRIMESTER KEDUA

TRIMESTER KEDUA:MINGGU 13-26

Trimester kedua merupakan tahap paling selesa yang bakal anda alami semasa kehamilan. Keluhan anda akan mula hilang dan selera makan kembali normal.Yang paling menyeronokkan saat anda dapat merasai gerakan janin. Berat badan juga akan mulai bertambah dan orang sekitar kini menyedari bahawa anda sedang hamil.

Pengambilan obinim sangat penting bagi menjamin kesihatan diri. Ini kerana di dalamnya terkandung khasiat dan vitamin lengkap untuk ibu hamil yang boleh diperoleh dalam satu tablet sahaja. Sewaktu menjalani pemeriksaan antenatal di trimester kedua iaitu setelah kandungan berusia 13 minggu ke atas, obimin biasanya di beri oleh doktor yang memeriksa kehamilan. Ketika ini anda tidak lagi perlu mengambil asid folik kerana ia telah sedia di dalam obimin. Ada mitos mengatakan pengambilan obimin akan menyebabkan bayi bersaiz besar. Tanggapan ini tidak benar sama sekali.

Sepanjang trimester pertama kehamilan anda, bayi dalam kandungan terus membesar secara perlahan-lahan di dalam rahim. Sekitar minggu ke-16 dan ke-20 anda boleh merasakan pergerakan bayi di dalam rahim. Menjelang akhir trimester kedua anda mungkin dapat melihat dengan jelas pergerakan bayi dalam kandungan apabila ia meninggalkan kesan pada perut anda. Ia tentunya sesuatu yang mengujakan. Kadangkala pergerakannya dapat anda melihat  menerusi ujian imbasan yang dijalankan ketika pemeriksaan antenatal dilakukan. Ketika ini anda cepat mengah.

Berjalan sedikit atau membuat kerja yang lebih mudah membuat anda penat.Perkara ini normal dalam trimester kedua kerana anda seiring dengan pembesaran rahim di dalam perut ,ia turut memberi kesan kepada paru-paru dan menyukarkan udara keluar masuk secara bebas.Walaupun bagaimana jika ia berterusan dan membuatkan anda terasa sangat tidak selesa.Segeralah berjumpa doktor.

Di minggu ke 16 bentuk badan anda mulai berubah.Ketika ini juga berat badan anda mula bertambah begitu juga dengan berat bayi dalam kandungan.Selain itu,kesan regangan juga mula bertandang di perut anda yang sedang membesar.

Gunakan losen atau minyak zaitun untuk sapu di perut setiap hari bagi mengurangkan tanda yang kekal setelah melahirkan.Dapatkan pandangan doktor sewaktu anda menemuinya dalam pemeriksaan antenatal untuk mengetahui langkah-langkah pencegahan awal kesan regangan.

Bulan keempat jari bayi,kening,kelopok mata,kuku dan rambut bayi dalam kandungan anda mula terbentuk ketika kehamilan menganjak
kepada usia empat,lima dan enam bulan.Gigi dan tulang juga mula terbentuk dengan lebih padat.Sistem saraf juga mula berfungsi ketika ini.
Organ pembiakan dan kemaluan sudah mula terbentuk.Imbasan ultrabunyi ketika inilah ia menentukan jantina anak anda.Pada akhir bulan keempat panjang bayi anda telah mencecah kira-kira 15sm dengan berat 113g.

Bulan kelima rambut di kepala,rambut halus di bahu dan belakang badan bayi mula tumbuh.Rambut berfungsi untuk melindungi bayi dalam kandungan.Anda juga sudah mula merasakan gerakan bayi ketika ini kerana ia sedang membangunkan otot dan cuba untuk membuat pergerakan.Pergerakan pertama ini di panggil quickening.Diakhir bulan ke lima panjang bayi 25sm dengan berat 500g.

Bulan keenam pada akhir bulan keenam panjang bayi anda adalah kira-kira 30sm dan berat 900g.Kulitnya kini berwarna kemerahan,berkedut dan urat dapat dilihat melalui kulitnya yang nipis.Jari tangan dan kaki juga mula jelas kelihatan dengan kelopak mata mula berpisah.Matanya kini sudah boleh terbuka.Bayi anda mungkin bertindak balas terhadap bunyi-bunyi dengan bergerak atau meningkatkan nadi.Anda juga mungkin dapat mengesan jika bayi tersedu dalam tempoh ini.

Imbasan ultrabunyi
Imbasan ultrabunyi amat penting masa kehamilan. Lazimnya dilakukan setiap empat minggu dalam trimester kedua, iaitu semasa anda menghadiri termujanji antenatal. Ketika ini anda dapat mengetahui jantina bayi yang akan dilahirkan.

Namun tujuan utama imbasan ultrabunyi bukan untuk mengetahui jantina bayi semata mata, ianya turut dilakukan untuk memeriksa jika ada sebarang masalah struktur atau kecacatan bayi dalam kandungan.


Imbasan dapat mengesan denyutan bayi, pembentukan bahagian bahagian badan bayi pembentukan buah pinggang bayi dan organ-organ penting yang lain. Jadi adalah penting untuk lakukan imbasan ultrabunyi ketika hamil terutamanya ditrimester kedua kehamilan. 

No comments:

Post a Comment